Tuesday 8 March 2016

Tips Bercuti di Ho Chi Minh 1

Assalamulaikum...

Memandangkan ramai yang berkunjung ke Ho Chi Minh,Vietnam untuk bercuti sambil membeli belah,Cik Mocca nak berkongsi tip yang perlu diketahui ketika berada di sana.

Tips Bercuti,Ho Chi Minh,Vietnam,Shopping,Ben Thanh


MATA WANG
Mata wang Vietnam ialah Dong.Tetapi untuk membeli belah di sana,mereka juga menerima matawang Ringgit Malaysia.Harga jualan akan lebih murah dengan pembelian menggunakan Ringgit Malaysia.Manakala matawang Dong biasanya digunakan untuk bayaran makanan di restoran dan USD di gunakan untuk bayaran hotel.

MASA
Beza masa Malaysia dan Ho Chi Minh ialah satu jam iaitu Malaysia cepat satu jam dengan Ho Chi Minh.Contohnya jika di Malaysia jam 5 petang,Di Ho Chi Minh ialah jam 4 petang

BAHASA
Ramai penjual di Ho Chi Minh yang fasih berbahasa Melayu.Urusniaga tawar menawar juga boleh dilakukan dalam bahasa Melayu.

MAKANAN HALAL
Di Ho Chi Minh,banyak restoran halal yang boleh dinikmati.Antaranya Restoran Halal Amin,Restoran Hajah Basiroh,Restoran Serai.Restoran halal mudah di dapati di jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali sebagai Malaysia Street.Untuk kopi ais halal,anda boleh beli dengan penjual motor di sekitar jalan Nguyen An ninh.

HOTEL
Hotel yang boleh dikatakan sangat strategik ialah hotel yang terletak di jalan Nguyen An Ninh kerana ianya berdekatan dengan Pasar Ben Than,pasar malam,restoran halal.Menginap di jalan Nguyen An Ninh akan membuatkan anda berasa berada di Malaysia kerana jalan ini sememangnya penuh dengan orang dari Malaysia.

PASSPORT
Sila bawa salinan passport kerana pihak hotel akan meminta passport anda untuk dipegang. Memadangkan passport merupakan aset penting,sebaiknya anda hanya memberi salinan passport sahaja.Dan jangan lupa minta kembali salinan tersebut apabila check out.


0 comments:

Post a Comment