Tuesday 7 March 2017

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 1

Assalamualaikum....

Sempena tahun 2017 ni,Cik Mocca akan kembali aktifkan blog moccalaici ini....Blog ini akan berkisarkan tentang hal-hal travel.Ye lah,sekarang kan ramai yang suka travel ke seluruh dunia,mencari pengalaman hidup....Cik Mocca sangat menyokong anda semua travel!!

Sebagai permulaan,Cik Mocca nak story cuti cuti ke Ho Chi Minh...Antara tempat kegemaran Cik Mocca shopping....Sebelum nak ke sana,sebaiknya anda tahu tip untuk ke sana.Sebelum ni Cik Mocca pernah buat entry tip ke Ho Chi Minh,tapi entry kali ini lebih diperkemaskan lagi.

#1 Mata Wang
Matawang utama Vietnam ialah Dong.Tetapi mereka juga menerima matawang USD dan juga Ringgit Malaysia(RM).Jika ingin ke Ho Chi Minh,anda dinasihatkan membawa ketiga-tiga matawang ini.Matawang USD biasanya digunakan untuk pembayaran hotel.Matawang RM diterima untuk urusan pembelian terutamanya di Pasar Ben Thanh dan juga pasar malam.Lagi murah dan jimat jika menggunakan RM.Matawang Dong digunakan untuk bayaran makan dan tambang.



#2 Masa
Perbezaan masa antara Malaysia dan Ho Chi Minh ialah satu jam iaitu Malaysia cepat satu jam.Contoh ialah jika Malaysia jam 8 pagi,masa Ho Chi Minh ialah 7 pagi.

#3 Bahasa
Bahasa juga menjadi masalah di sesetengah tempat di Ho Chi Minh.Tidak semua penduduk sana tahu berbahasa Inggeris.Alamak!!macam mana nak shopping??jangan risau,kerana terlalu ramai rakyat Malaysia berkunjung di sekitar Pasar Ben Thanh,ramai peniaga di Pasar Ben Thanh yang tahu bercakap Bahasa Melayu.Ini memudahkan urusan tawar menawar.

#4 Makanan Halal
Restoran yang menjual makanan halal banyak di sekitar Ho Chi Minh untuk dinikmati.Ini tidak akan menjadi masalah cuma harga sahaja yang sedikit mahal kerana kos bahan mentah halalnya yang mahal.Antara restoran yang menjadi pilihan ialah Restoran Hajah Basiroh,Restoran Serai.Tapi Cik Mocca hanya makan di Restoran Halal Amin yang terletak di Jalan Nguyen An Ninh iaitu berhadapan dengan Hotel Saigon Pink2.Kenapa?? Ini restoran yang termurah harganya.Untuk minum kopi ais Vietnam yang popular itu boleh sahaja beli dengan penjual motor di sekitar jalan Nguyen An Ninh.

#5 Hotel
Untuk memudahkan pergerakkan,sebaiknya menginap di Jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali dengan Jalan Malaysia.Menginap di sini anda akan rasa selamat dan berasa seperti berada di Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh tinggal di sini.Jalan ini juga berdekatan dengan Pasar Ben Thanh,pasar malam dan restoran halal

#6 Passport
Menginap hotel di sini memerlukan anda meninggalkan passport kepada pihak hotel.Memandangkan passport merupakan aset penting dan tidak boleh diserah kepada sesiapa,sebaiknya anda membawa salinan passport dari Malaysia dan serahkan sahaja salinan tersebut bila diminta.Dan sebelum check out,jangan lupa minta kembali salinan passport tu.

Sambung ke part 2

              P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534



0 comments:

Post a Comment