Wednesday 8 March 2017

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 2

Assalamualaikum...dan hai...

Ahak....banyak Cik Mocca nak kongsi pasal Ho Chi Minh.Almaklum dah berulang kali ke sana.Berkongsi apa yang tahu.Anda boleh baca Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 1 sebelum meneruskan pada part 2.

#7 Pengangkutan
Untuk pengangkutan dari airport ke hotel,anda boleh memilih antara bas,teksi,grab,dan uber.Apabila sudah berada di hotel (sekitar jalan Malaysia),anda tidak perlu untuk bergerak kerana hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke Pasar Ben Thanh,pasar malam dan restoran.Cuma jika anda mahu ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel,anda memerlukan khidmat agen yang boleh didapati di hotel atau restoran-restoran di situ.

Teksi
Jika anda ke Ho Chi Minh bersama keluarga dimana terdapat anak kecil atau orang tua,anda dicadangkan menaiki teksi untuk ke hotel.Ingat,pilih teksi Vinasun yang bermeter sahaja!Macam mana nak dapatkan teksi?

Anda keluar dari pintu ketibaan dan tuju ke sebelah kiri hingga hujung.Di situ terdapat kaunter untuk mendapatkan khidmat teksi.Maximum caj untuk ke hotel sekitar jalan Nguyen An Ninh ialah 170,000 Dong bersamaan RM32.50.Jangan lupa sediakan alamat dan gambar hotel untuk rujukan pemandu teksi.Kalau tak,akan jadi masalah ayam dan itik berkomunikasi.

Untuk dari hotel ke airport,minta sahaja pihak hotel memanggil teksi.

Bas
Jika anda datang bersama kumpulan muda mudi,pilih sahaja untuk menaiki bas ke hotel kerana kosnya yang murah.Nak tahu detail kisah bas boleh tengok entri Bas Hijau 152 Ho Chi Minh.



Pasar Binh Tay atau dikenali dengan China Town,anda boleh menaiki bas no 1 di Stesen Bas berdekatan Pasar Ben Thanh.Bagitahu sahaja yang anda mahu turun di stesen Cho Lon iaitu stesen terakhir.Ianya mengambil masa sekitar 30minit perjalanan.Tambang ke sana ialah 5,000 Dong bersamaan RM1.Untuk kembali ke hotel,anda perlu melakukan perkara yang sama iaitu memilih bas no 1.

Beca
Hah!!Jangan naik beca!!!Di sana,anda sesekali dilarang menaiki beca walau macam mana sekali pun pujukan si pembawa beca itu,walau dia dah tunjuk testimoni rakyat Malaysia yang dah naik sekali pun....Kenapa?kerana anda akan dikenakan bayaran yang tak masuk akal dan berganda-ganda...boleh capai ratus-ratus RM.INGAT...JANGAN NAIK BECA!!

Grab Car
Grab car boleh juga digunakan untuk menjimatkan duit tambang.Ianya sedikit murah berbanding dengan teksi.Harga tambang boleh ditentukan terlebih awal dan jika anda tidak setuju dengan harga tersebut,anda tidak perlu lah menaiki grab car tersebut.

#8 Pakaian
Kebanyakkan hotel tidak menyediakan seterika tetapi mereka menyediakan servis seterika baju secara berbayar...Cik Mocca tak pernah mencuba guna servis tersebut...tapi ada yang Cik Mocca baca kat blog lain,diaorang iron baju macam tak on suis!!so,sebaiknya ke sana bawa pakaian yang tak perlu diseterika kan.

#9 Tandas
Tandas di lapangan terbang tidak menyediakan paip,sebaiknya sediakan botol untuk menyelesaikan hajat anda.

#10 Keselamatan
Di mana-mana pun tetap merbahaya...sebaiknya sentiasa berhati hati dengan peragut dan penyeluk saku.

#11 Pengilap Kasut
Pengilap kasut ini biasa berlegar di sekitar hotel.AWAS!!...jangan benarkan mereka mengilap kasut anda kerana caj yang dikenakan tak masuk akal...berganda-ganda mahal

#12 Tawar Menawar
Di Pasar Ben Thanh dan pasar malam,anda boleh menawarkan harga sehingga 50%-80%.Cik Mocca ni boleh kata kental juga bab menawar...tawar sehingga dapat harga yang nak!kadang kadang sampai tiga empat kali tarik menarik...hahhaa...Contoh kain lace dia bagi RM120.Cik Mocca minta RM40...dia tak bagi dan nak blah,dia panggil bagi RM80...tetap nak RM40...dia tak bagi dan nak blah lagi...dia panggil lagi bagi RM50...tetap nak RM40...dia tak bagi dan nak blah lagi...dia panggil lagi dan akhirnya dapat ler Cik Mocca RM40...

#13 Waktu Solat
Melancong ke mana pun,ingat solat tau!survey awal-awal waktu solat di Ho Chi Minh di https://www.islamicfinder.org/world/vietnam/1566083/ho-chi-minh-city-prayer-times/


Sambung ke part 3

         P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534

1 comment:

  1. Boleh suggest kedai shawl (duck ariani n bokitta) n telekung sk di vietnam

    ReplyDelete