Monday, 7 March 2016

Restoran Halal Di Jalan Nguyen An Ninh

Assalamualaikum...

Di Malaysia Street Ho Chi Minh atau nama sebenarnya Nguyen An Ninh,terdapat banyak restoran halal yang boleh dipilih untuk menikmati makanan.Harga nya boleh tahan juga lah,mungkin disebabkan harga bahan mentah halal nya yang agak mahal.

 
Ini motor penjual kopi Vietnam.Best sangat!!halal...
Harga RM3 @ USD1
Motor penjual ini boleh didapati di sekitar kedai/ hotel Jalan Nguyen An Ninh

Roti yang bentuk segi 4 tu sedap sangat.Diaorang cakap ini murtabak.Harga RM4 satu.Kenyang makan seorang.Bingka ubi dia pun sedap juga..Cuba lah rasa yer...

Ini pakcik yang jual murtabak dan bingka ubi tu.Beliau akan merayau menjual di sekitar jalan Nguyen An Ninh.Setahu Cik Mocca,beliau juga menjual nasi lemak di sebelah pagi.Rajin-rajin lah intai beliau di jalan Nguyen An Ninh yer.

Restoran Mu Sa Ka Riem ni terletak berhadapan sahaja dengan Hotel Saigon Pink 2.Ini antara restoran halal yang murah...Makanan goreng-goreng di restoran ini adalah sekitar 70 000 Dong.Dan dengan pembelian 70 000 Dong ke atas,anda layak menerima air kopi ais secara percuma.Minta yer...Jimat.Wifi pun percuma.


Nasi Goreng Kampung di Restoran Mu Sa Ka Riem

Nasi Goreng Patayya di Restoran Mu Sa Ka Riem

Ini kopi ais yang dapat percuma di Restoran Mu Sa Ka Riem...Sudah minum separuh baru teringat nak ambil gambar.

Ini lagi salah satu restoran yang saya cadangkan untuk makan secara budget.Restoran Halal Amin.Makanan goreng gorengnya dalam lingkungan 50 000 Dong.Dapat percuma sup.Kalau inginkan budget makan yang murah,anda boleh makan di restoran ini dan membeli air kopi ais di motor jalanan.Kerana kopi ais di restoran berharga RM4.Harga kopi ais yang dijual di motor hanya RM3...Jimat punya pasal.

Air Kelapa di Restoran Halal Amin

Nasi Goreng Cina Restoran Halal Amin

Ini dua restoran yang Cik Mocca cadangkan kerana harga nya yang berpatutan.Di Restoran lain boleh sahaja menikmati nya,itu pun jika anda berkemampuan dan mempunyai lebih budget.

Okey...selamat menikmati makanan yang enak di jalan Nguyen An Ninh Ho Chi Minh.


0 comments:

Post a Comment