Assalamualaikum....
Sambungan Tips bercuti di Ho Chi Minh 1
PENGANGKUTAN
Pergerakkan di Ho Chi Minh kebanyakkan hanya perlu berjalan kaki kerana jaraknya yang dekat antara satu sama lain.Cuma untuk ke Sungai Mekong dan Chu Chi Tunnel,sebaiknya anda pergi bersama agen.Agen boleh didapati di hotel atau restoran jalan Nguyen An Ninh.
Teksi Vinasun
Anda hanya digalakkan menaiki teksi vinasun sahaja.dan pastikan ianya menggunakan meter.Untuk mendapatkan teksi ke hotel dari lapangan terbang,anda hanya perlu keluar dari pintu ketibaan dan tuju ke sebelah kiri hujung.Di situ terdapat kaunter untuk dapatkan teksi.Maximum caj untuk ke hotel di sekitar pasar Ben Thanh ialah 170 000 Dong.Sediakan awal-awal alamat dan gambar hotel untuk rujukan pemandu teksi.Manakala untuk dari hotel ke lapangan terbang,anda boleh meminta perkhidmatan teksi di kaunter hotel.
Bas
Untuk menaiki bas ke hotel dari lapangan terbang,keluar dari pintu ketibaan,anda ke arah kanan dan akan nampak satu kiosk burger king.Berhadapan kiosk terdapat bas bernombor 152.Anda boleh menaiki bas tersebut untuk ke hotel dan bas akan berhenti di stesen bas berhampiran Pasar Ben Thanh.Tambang bas ialah 5000 Dong.Sediakan duit secukupnya.Anda juga akan dikenakan caj ke atas beg sebanyak 5000 Dong.
Jika ingin ke Pasar Binh Tay atau dikenali China Town,anda boleh menaiki bas bernombor 1 di stesen bas Ben Thanh.ke stesen Cho Lon iaitu stesen terakhir.Ianya mengambil masa sekitar 30 minit.Tambang ke sana ialah 5000 Dong.Untuk perjalanan pulang ke hotel,cara yang sama diperlukan iaitu menaiki bas nombor 1.
Beca
Dilarang sama sekali menaiki beca walaupun ditawarkan harga yang teramat murah dan ditunjukkan testimoni-testimoni yang bagus.Banyak kes penipuan dilakukan oleh pemandu beca.Mulanya dijanjikan tambang murah,namun apabila selesai,tambang lain pula dikenakan.Tambang yang dikenakan adakalanya tidak masuk akal iaitu mencecah ratus-ratus ringgit malaysia.Elak menaiki beca okey.
PAKAIAN
Kebiasaannya,hotel tidak menyediakan seterika tetapi mereka menyediakan servis menyerika pakaian dan dikenakan caj.Untuk penjimatan,bawa pakaian yang tidak perlu diseterikakan.
KASTAM
Untuk elak daripada dikenakan cukai oleh pihak kastam,barangan pakaian yang dibeli perlulah dibuka plastik dan tag baju.Susun bersama pakaian kotor.Sebaiknya terbalikkan pakaian baru supaya kelihatan seolah pakaian lama.Jika terkena juga,cuba untuk meminta diskaun.Banyak berdoa..;)
BAHASA
Di Pasar Ben Thanh,masalah bahasa tidak timbul kerana ramai peniaga di sana yang fasih berbahasa melayu.Oleh itu,hati-hati untuk mengumpat.
TANDAS
Tandas di sana tidak disediakan paip air.Sebaiknya anda menyediakan botol mineral untuk menyelesaikan 'urusan' di tandas.
KESELAMATAN
Di mana-mana pun merbahaya.Sebaik-baiknya anda sentiasa berhati-hati terutamanya barangan berharta anda.
PENGILAP KASUT
Biasanya,khidmat kilat kasut akan ada disekitar hotel.Jangan sesekali membenarkan kasut anda dikilapkan kerana caj yang dikenakan amat tinggi.
Oklah...enjoy berbelanja di Ho Chi Minh.