Saturday, 11 March 2017

Beg Deuter Murah Ho Chi Minh

Assalamualaikum...dan haiiiii...

Antara yang popular orang shopping di Ho Chi Minh ialah beg Deuter....tergolong juga dalam golongan beg beranak!!huhuhuuuu...

Kat sana memang murah,tak kira yang ori atau pun yang bergred.Beg nak buat travel,
hiking,sekolah,laptop semua ada...memang puas hati lah shopping kat sana....Banyak tempat yang jual beg Deuter ni..Kat pasar Ben Thanh ada,pasar malam ada...tapi yang paling popular kat Malaysia Street pada waktu malam...berhampiran dengan Restorang Hj Man Sour.Kalau nampak orang ramai kat area jual beg tu iyelah tu...

Beg Deuter Murah Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Tengok pic atas ni,beg hanya RM20...sesuai untuk anak-anak pergi sekolah,isi laptop,pergi pejabat.Susah nak jumpa beg murah kat Malaysia...Beg sekolah anak pun biasanya lebih RM30 ke atas...Lagi jimat beli beg RM20 ni...Jom jom serbu!!

Beg Deuter Murah Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Sekarang ni,Airasia dah tegas pasal size dan berat beg kan...ini sesuai untuk handcarry...murah kan??Beg saiz ni hanya RM25..Ada ruangan letak laptop...Cik Mocca beli satu sebab tak muat beg...Beg beranak!!!

Kalau nak cari beg-beg Deuter murah ni cari di Malaysia Street pada waktu malam...


               P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534

Entry lain tentang Ho Chi Minh : 

Kilang Danny Di Ho Chi Minh

Assalamualaikum...dan haiiii...

Selain pasar Ben Thanh dan pasar malam,sekarang heboh dan ramai pula yang pergi shopping ke Kilang Danny...Lagi murah berbanding di pasar Ben  Thanh.Di Kilang Danny ni (kilang ke?) banyak jual tudung naelofa,kain cotton dan lace...Kalau tudung naelofa dengan kain cotton tu boleh buat kita sawan untuk memilihnya...huhuhuuu...mabuk tak tahu yang mana cantik...semuanya cantik cantik...

Kilang Danny Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Ini business card Danny.Tunjuk aje alamat kat kad ni pada pemandu teksi.
Kilang Danny Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Kilang Danny ni agak tersorok skit.Ini stesen minyak di hadapan kilang Danny tu.Kira ni landmarknya ler....

Kilang Danny Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Ini pagar depan nak masuk ke kilang nya.Kecil aje sign ni,perasan tak perasan aje.Tapi bila masuk dalam....rasa tak nak balik....hahhaaa


Kilang Danny Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Cik Mocca tak ambil banyak pic kat kedai ni sebab dah sawan...sebab tu Cik Mocca dah pesan awal-awal kat atas tadi,boleh sawan bila datang kilang Danny ni.Cik Mocca fokus pada tudung naelofa sahaja kat sini sebab memang itu target pun.Sibuk ber whatsap dengan orang Malaysia...kawan-kawan pilih warna tudung yang diaorang nak beli.

Siapa ke Ho Chi Minh,sila lah ke kilang Danny....yang akan kesian pada abang-abang dan anak-anak...

"Asyik beli yang ibu aje...dah banyak dah ibu beli...adik tak beli apa pun lagi"
"Mummy,sudah ler,dah habis berapa juta dah hari ni"

Ayat-ayat yang Cik Mocca dengar anak-anak merungut...



               P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534

Entry lain tentang Ho Chi Minh : 

Friday, 10 March 2017

Spa Di Ho Chi Minh

Assalamualaikum dan hai....

Dari pagi hingga malam asyik duk shopping aje....pusing pasar Ben Thanh lima enam kali...pusing pasar malam tiga empat kali...angkat barang shopping berat,habis sakit kaki tangan kan.Confirm fikir nak urut aje...Jangan risau,kat jalan Nguyen An Ninh ni ada dua spa yang pekerja dia duk edar flyer aje depan spa apabila kita lalu.Pilih aje nak yang mana.


Salah satu spa yang ada di Malaysia street


Special promosi bermula 9AM- 5PM...harga menjadi lain selepas jam 5PM



Special promosi yang dibuat oleh Kim Spa.Atas ni ialah harga untuk jam 5PM - 11PM.Harga sedikit mahal selepas jam 5PM-

Cik Mocca pilih Foot+Back+Neck+Shoulder sebelum kul 5PM....Rasa best dan berbaloi juga lah..Hilang lenguh-lenguh shopping.


L'Opera De Paris Spa



Harga promosi untuk jam 8AM-6PM


Harga promosi untuk jam 6PM-11PM

Terpulang pada anda untuk memilih spa yang mana.Carilah harga yang berpatutan...Peace!!

Entry lain tentang Ho Chi Minh : 


Wednesday, 8 March 2017

Restoran Halal di Malaysia Street

Assalamualaikum....hai

Ho Chi Minh...Ho Chi Minh....penyakit sawan shopping kan muncul bila berada di sini...

Shopping pun shopping juga,bab makan kena ambil tahu juga.Di sini,banyak restoran halal dan tidak menjadi masalah untuk mencari makanan.Cuma harga nya sahaja yang sedikit mahal kerana kos bahan mentah halal yang sukar di cari.

Untuk yang menginap di Jalan Malaysia iaitu jalan Nguyen An Ninh,banyak restoran halal yang ada.Restoran bawah atau sebelah hotel sahaja.

Restoran Halal di Malaysia Street,Ho Chi Minh

Restoran Halal di Malaysia Street,Ho Chi Minh

Beberapa restoran halal  (dalam kotak merah) yang boleh didapati di jalan Nguyen An Ninh nih....
Tapi dalam banyak restoran,Cik Mocca suka masuk Restoran Halal Amin...nak tahu kenapa?

Sila klik entri Restoran Halal Amin


               P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534


Entry lain tentang Ho Chi Minh : 

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 3

Assalamualaikum...dan hai...

Sampai part 3 tip Cik Mocca nak bagi...Anda boleh baca Part 1 dan Part 2 terlebih dahulu.

#14 Alamat Kedutaan
Ke negara mana anda travel,anda perlu prihatin dengan maklumat kedutaan Malaysia di negara tersebut.Sediakan payung sebelum hujan...sekurang-kurangnya bila terjadi apa-apa,ada sudah tahu siapa yang anda perlu hubungi.

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 3



#15 Talian Tourist
Jika anda mempunyai masalah ketika di Ho Chi Minh boleh hubungi talian di bawah ini

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 3


#16 Bawa Makanan
Memandangkan kos makan di sana yang tinggi...Cik Mocca bawa megi,biskut dan roti...Biasanya Cik Mocca makan sekali sehari sahaja di restoran iaitu untuk lunch.Sarapan pagi Cik Mocca makan biskut atau roti dan malam makan megi...Duit lebihkan untuk shopping...hehhehe

#17 Cara Melintas
Fuh...Pengangkutan utama di sini ialah motor...So,jangan terkejut lah tengok motornya yang teramat banyak.Jika mahu melintas,anda tidak boleh buat seperti cara melintas di Malaysia.Di sana,anda hanya perlu melintas sahaja dan tidak perlu bimbang kerana motor-motor tersebut akan mengelak daripada melanggar anda...melintas dengan penuh keyakinan

#18 Buang Plastik/Tag
Sudah shopping banyak-banyak tu jangan lupa pak kastam kat Malaysia...untuk selamat (tak selamat jika pak kastam baca juga tip nih),anda perlu membuka semua plastik belian beserta tag.Jika dapat ditangkap oleh pak kastam....sediakan duit aje....ehehhe

Sekian aje tip-tip Ho Chi Minh yang dapat Cik Mocca kongsikan

                P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534

Entry lain tentang Ho Chi Minh : 

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 2

Assalamualaikum...dan hai...

Ahak....banyak Cik Mocca nak kongsi pasal Ho Chi Minh.Almaklum dah berulang kali ke sana.Berkongsi apa yang tahu.Anda boleh baca Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 1 sebelum meneruskan pada part 2.

#7 Pengangkutan
Untuk pengangkutan dari airport ke hotel,anda boleh memilih antara bas,teksi,grab,dan uber.Apabila sudah berada di hotel (sekitar jalan Malaysia),anda tidak perlu untuk bergerak kerana hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke Pasar Ben Thanh,pasar malam dan restoran.Cuma jika anda mahu ke Sungai Mekong atau Chu Chi Tunnel,anda memerlukan khidmat agen yang boleh didapati di hotel atau restoran-restoran di situ.

Teksi
Jika anda ke Ho Chi Minh bersama keluarga dimana terdapat anak kecil atau orang tua,anda dicadangkan menaiki teksi untuk ke hotel.Ingat,pilih teksi Vinasun yang bermeter sahaja!Macam mana nak dapatkan teksi?

Anda keluar dari pintu ketibaan dan tuju ke sebelah kiri hingga hujung.Di situ terdapat kaunter untuk mendapatkan khidmat teksi.Maximum caj untuk ke hotel sekitar jalan Nguyen An Ninh ialah 170,000 Dong bersamaan RM32.50.Jangan lupa sediakan alamat dan gambar hotel untuk rujukan pemandu teksi.Kalau tak,akan jadi masalah ayam dan itik berkomunikasi.

Untuk dari hotel ke airport,minta sahaja pihak hotel memanggil teksi.

Bas
Jika anda datang bersama kumpulan muda mudi,pilih sahaja untuk menaiki bas ke hotel kerana kosnya yang murah.Nak tahu detail kisah bas boleh tengok entri Bas Hijau 152 Ho Chi Minh.



Pasar Binh Tay atau dikenali dengan China Town,anda boleh menaiki bas no 1 di Stesen Bas berdekatan Pasar Ben Thanh.Bagitahu sahaja yang anda mahu turun di stesen Cho Lon iaitu stesen terakhir.Ianya mengambil masa sekitar 30minit perjalanan.Tambang ke sana ialah 5,000 Dong bersamaan RM1.Untuk kembali ke hotel,anda perlu melakukan perkara yang sama iaitu memilih bas no 1.

Beca
Hah!!Jangan naik beca!!!Di sana,anda sesekali dilarang menaiki beca walau macam mana sekali pun pujukan si pembawa beca itu,walau dia dah tunjuk testimoni rakyat Malaysia yang dah naik sekali pun....Kenapa?kerana anda akan dikenakan bayaran yang tak masuk akal dan berganda-ganda...boleh capai ratus-ratus RM.INGAT...JANGAN NAIK BECA!!

Grab Car
Grab car boleh juga digunakan untuk menjimatkan duit tambang.Ianya sedikit murah berbanding dengan teksi.Harga tambang boleh ditentukan terlebih awal dan jika anda tidak setuju dengan harga tersebut,anda tidak perlu lah menaiki grab car tersebut.

#8 Pakaian
Kebanyakkan hotel tidak menyediakan seterika tetapi mereka menyediakan servis seterika baju secara berbayar...Cik Mocca tak pernah mencuba guna servis tersebut...tapi ada yang Cik Mocca baca kat blog lain,diaorang iron baju macam tak on suis!!so,sebaiknya ke sana bawa pakaian yang tak perlu diseterika kan.

#9 Tandas
Tandas di lapangan terbang tidak menyediakan paip,sebaiknya sediakan botol untuk menyelesaikan hajat anda.

#10 Keselamatan
Di mana-mana pun tetap merbahaya...sebaiknya sentiasa berhati hati dengan peragut dan penyeluk saku.

#11 Pengilap Kasut
Pengilap kasut ini biasa berlegar di sekitar hotel.AWAS!!...jangan benarkan mereka mengilap kasut anda kerana caj yang dikenakan tak masuk akal...berganda-ganda mahal

#12 Tawar Menawar
Di Pasar Ben Thanh dan pasar malam,anda boleh menawarkan harga sehingga 50%-80%.Cik Mocca ni boleh kata kental juga bab menawar...tawar sehingga dapat harga yang nak!kadang kadang sampai tiga empat kali tarik menarik...hahhaa...Contoh kain lace dia bagi RM120.Cik Mocca minta RM40...dia tak bagi dan nak blah,dia panggil bagi RM80...tetap nak RM40...dia tak bagi dan nak blah lagi...dia panggil lagi bagi RM50...tetap nak RM40...dia tak bagi dan nak blah lagi...dia panggil lagi dan akhirnya dapat ler Cik Mocca RM40...

#13 Waktu Solat
Melancong ke mana pun,ingat solat tau!survey awal-awal waktu solat di Ho Chi Minh di https://www.islamicfinder.org/world/vietnam/1566083/ho-chi-minh-city-prayer-times/


Sambung ke part 3

         P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534

Tuesday, 7 March 2017

Tip Bercuti ke Ho Chi Minh Part 1

Assalamualaikum....

Sempena tahun 2017 ni,Cik Mocca akan kembali aktifkan blog moccalaici ini....Blog ini akan berkisarkan tentang hal-hal travel.Ye lah,sekarang kan ramai yang suka travel ke seluruh dunia,mencari pengalaman hidup....Cik Mocca sangat menyokong anda semua travel!!

Sebagai permulaan,Cik Mocca nak story cuti cuti ke Ho Chi Minh...Antara tempat kegemaran Cik Mocca shopping....Sebelum nak ke sana,sebaiknya anda tahu tip untuk ke sana.Sebelum ni Cik Mocca pernah buat entry tip ke Ho Chi Minh,tapi entry kali ini lebih diperkemaskan lagi.

#1 Mata Wang
Matawang utama Vietnam ialah Dong.Tetapi mereka juga menerima matawang USD dan juga Ringgit Malaysia(RM).Jika ingin ke Ho Chi Minh,anda dinasihatkan membawa ketiga-tiga matawang ini.Matawang USD biasanya digunakan untuk pembayaran hotel.Matawang RM diterima untuk urusan pembelian terutamanya di Pasar Ben Thanh dan juga pasar malam.Lagi murah dan jimat jika menggunakan RM.Matawang Dong digunakan untuk bayaran makan dan tambang.



#2 Masa
Perbezaan masa antara Malaysia dan Ho Chi Minh ialah satu jam iaitu Malaysia cepat satu jam.Contoh ialah jika Malaysia jam 8 pagi,masa Ho Chi Minh ialah 7 pagi.

#3 Bahasa
Bahasa juga menjadi masalah di sesetengah tempat di Ho Chi Minh.Tidak semua penduduk sana tahu berbahasa Inggeris.Alamak!!macam mana nak shopping??jangan risau,kerana terlalu ramai rakyat Malaysia berkunjung di sekitar Pasar Ben Thanh,ramai peniaga di Pasar Ben Thanh yang tahu bercakap Bahasa Melayu.Ini memudahkan urusan tawar menawar.

#4 Makanan Halal
Restoran yang menjual makanan halal banyak di sekitar Ho Chi Minh untuk dinikmati.Ini tidak akan menjadi masalah cuma harga sahaja yang sedikit mahal kerana kos bahan mentah halalnya yang mahal.Antara restoran yang menjadi pilihan ialah Restoran Hajah Basiroh,Restoran Serai.Tapi Cik Mocca hanya makan di Restoran Halal Amin yang terletak di Jalan Nguyen An Ninh iaitu berhadapan dengan Hotel Saigon Pink2.Kenapa?? Ini restoran yang termurah harganya.Untuk minum kopi ais Vietnam yang popular itu boleh sahaja beli dengan penjual motor di sekitar jalan Nguyen An Ninh.

#5 Hotel
Untuk memudahkan pergerakkan,sebaiknya menginap di Jalan Nguyen An Ninh atau lebih dikenali dengan Jalan Malaysia.Menginap di sini anda akan rasa selamat dan berasa seperti berada di Malaysia kerana majoriti rakyat Malaysia yang datang ke Ho Chi Minh tinggal di sini.Jalan ini juga berdekatan dengan Pasar Ben Thanh,pasar malam dan restoran halal

#6 Passport
Menginap hotel di sini memerlukan anda meninggalkan passport kepada pihak hotel.Memandangkan passport merupakan aset penting dan tidak boleh diserah kepada sesiapa,sebaiknya anda membawa salinan passport dari Malaysia dan serahkan sahaja salinan tersebut bila diminta.Dan sebelum check out,jangan lupa minta kembali salinan passport tu.

Sambung ke part 2

              P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534



Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia

Assalamualaikum

Jika Cik Mocca ke Ho Chi Minh,restoran yang akan Cik Mocca masuk makan ialah Restoran Halal Amin di jalan Nguyen An Ninh atau dikenali juga jalan Malaysia.


Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Ho Chi Minh

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Ho Chi Minh

Apa istimewanya Restoran Halal Amin ni?

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Ho Chi Minh

Sedap??Tak ada ler taraf sedap giler...Biasa-biasa aje....Cuma yang membuatkan Cik Mocca masuk restoran ni ialah Restoran Halal Amin paling murah harga makannya.Harga makanan goreng goreng kebanyakkannya harga 50,000 Dong bersamaan RM10.

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Menu,Ho Chi Minh

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Menu,Ho Chi Minh

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Menu

Harga air minuman pula 20,000 Dong iaitu bersamaan RM4.00 .Tapi nak lagi jimat,beli aje air kopi yang jual kat motor tu hanya RM3.00 sahaja.

Nasi Goreng Seafood,Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia

Nasi Goreng Seafood

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung

Restoran Halal Amin Murah di Jalan Malaysia,Nasi Goreng Ayam

Nasi Goreng Ayam


P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534


Monday, 6 March 2017

Bas152 Airport Ho Chi Minh ke Hotel

Assalamualaikum....hai..

Untuk anda yang baru pertama kali melangkah ke Ho Chi Minh,cara untuk anda ke hotel dengan menaiki bas ialah menaiki bas 152.Jimat kos.

Anda keluar dari pintu ketibaan,anda perlu ke kanan hujung sehingga sampai ke Burger King.Berhadapan dengan Burger King terdapat bas 152 berwarna hijau


Bas hijau 152

Ada tulis no 152 macam ni kat bas

Tambang untuk ke pasar Ben Thanh hanyalah 5,000 Dong iaitu bersamaan RM1.Kadangkala ada juga yang diaorang caj beg yang kita bawa sebanyak 5,000 Dong.Nak selamat,riba dulu beg itu sebelum beli tiket.Dah settle urusan tiket baru letak kat bawah...hehhehe

Untuk naik bas ini sebaiknya sediakan duit kecil kerana diaorang takde baki yang mencukupi.untuk dapatkan duit kecil,terpaksa lah beli air mineral kat Burger King tadi!!

Perjalanan airport ke Pasar Ben Thanh memakan masa 30-40 minit


                 P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534

Entry lain tentang Ho Chi Minh : 

Kopi Vietnam Popular Di Ho Chi Minh

Assalamualaikum....hai

Kalau pergi ke Ho Chi Minh,tak sah tak minum air kopi ais nya yang popular tu.Ianya dijual di atas motor di sekitar jalan Nguyen An Ninh/Malaysian Street

Kopi Vietnam Popular Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh

Amoi amoi yang menjual air kopi vietnam...Boleh berbahasa Melayu

Kopi Vietnam Popular Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh
Tempat bancuh air kopi...simple aje,campur air kopi yang siap dibancuh dengan susu dalam bekas besi tu,kocak - kocak...masuk dalam bekas yang berisi ais.Siap


Kopi Vietnam Popular Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh
Selain kopi ais,ada juga jual milo susu ais,tea susu ais,dan kopi o ais...Semuanya hanya RM3 sahaja.


Kopi Vietnam Popular Di Ho Chi Minh,Ho Chi Minh
Ini ialah paket serbuk kopi yang digunakan untuk buat kopi ais tadi..Diaorang ada jual paket kopi ni hanya RM10 sahaja


                   P/S: Personal Shopper Tudung Lofa untuk Mid Mei 2017 whatsapp 0174832534